Thursday, May 26, 2011

4 jam yang CUKUP bermakna

Assalamualaikum.. Semalam kan ada sukantara. Lepastu lepas zohor boleh masuk aspuri. So Dalilah (biruni) dia turun dorm kitorang. Nak cari duit syiling. Secara tidak sengaja, dia pun duduk lah berborak dengan kitorang (+ Lina) dekat atas katil Nadiah & Ezzaty tengah tidur masa tu. Borak punya borak, (tak mengumpat eh, kitorang cakap benda baik je) sampai lah dekat topik family. Sebelum tu kitorang borak pasal form, perempuan, kawan sekolah rendah & macam2 lagi. Yang pasal family tu, Dalilah tu kan sape lah tak kenal dia kan. Dah la pandai. Asyik numb 1 dalam form. kitorang tak pernah tahu sgt pun pasal family dia. Tahu yang dia ada adik lelaki & dia sorg je perempuan. Best lah cerita pasal family dia, adik beradik dia yang sangat memahami. Adik dia yang form 1 tu, baik dengan dia. Terharu kot selalu je nak care pasal Dalilah ni. Terharu sampai nak nangis. Then masuk la pulak cerita pasal mak dia. OMG gila SUPERWOMAN oh. Dah engineer, rumah takde bibik. Bibik lari. Rumah 3 tingkat okay. Mak dia yang bangun pagi awal gila, basuh semua baju & pastikan semua baju dah siap hang. Then pagi2 lagi dah  hantar adik2 dia pergi sekolah. Tengah hari balik hantar lauk. Malam pulak, balik je rumah terus masak. Time masak tu, tudung pun tak bukak lagi. Masak untuk orang tapi dia sendiri tak makan. Sebab dia memang yang jenis jaga badan. Lepastu malam tu sambung buat kerja office sampai pukul 3 pagi. Penat kan?! Sepanjang Dalilah cerita tu, nangis kot. Sedih je, terharu engar cerita dia. At the same time, bayangkan jugak la kan ibu kat tempat mak Dalilah. Penat. Lagipun ibu pun lebih kurang je dengan mak dia. Kan sekarang dah takde bibik jugak kan. Sama je dengan Dalilah. Ibu pun masak jugak setiap pagi. Beza dia cuma kitorang, (athilah + angah) dah masuk asrama. so takde la nak gosok baju sgt.  Petang tu memang kitorang insaf gila. Banyak lagi part dia cerita. Pasal exam semua. Every mother mesti nak anak dia dapat numb 1 kan. Sape yang tak nak. Dalilah act nak jadi lawyer tapi sebab mak dia yang nak sangat dia jadi doctor. So dia pun try lah. Every time nak belajar, just fikir mak dia je. Pastu dia cerita lah yang mak dia pernah nangis sebab adik2 dia speahkan rumah kot. ye lah dah la rumah 3 tingkat kan. pastu time adik dia tak dapat 5a upsr. Mak dia nangis. Act, org tak pernah langsung nampak ibu nangis. NEVER. except time tengok cerekarama. haha. Rasa bersalah sangat sebab takde pun nak borak2 sangat dengan ibu, asyik berfacebook je. dah la balik rumah jarang. kat sekolah asyik dengan kawan, kat rumah pun kawan lagi. Ibu yang kat rumah tu mesti rindu kat kita yang dekat sekolah ni. Dah la jarang call. OMG semalam memang nangis tau. Sesi muhasabah diri oh semalam.

Thanks a lot to DALILAH ALIAH TAJUL AZWA. 

So lepas ni, nak try tak nak online facebook malam2 & time cuti. or kurangkan. Sumpah rasa bersalah gila. Memang la time cerita kat blog ni maca biasa je tapi sebenar-benarnya, memang menyentuh perasaan. Lina pun, cerita macam mana dia dengan mak dia ap semua, memang la berbeza dengan org. Okay la masa kat cc ni dah habis. bye.